Pantai

  • Terbentuk akibat pemendapan pasir, kelikir dan batu-batu di sepanjang pinggir laut.
  • Kawasan pantai berpasir. Contohnya Pantai Port Dickson, Pantai Batu Feringghi, Pantai Cherating.
Advertisements

Gua, Gerbang Laut, Batu Tunggul dan Batu Sisa

  • Gua terbentuk daripada hakisan ombak terhadap batuan yang lembut di bahagian tebing tinggi.
  • Hakisan yang giat berterusan di antara dua buah gua yang terbentuk secara bertentangan di sesuatu tanjung akan membentuk gerbang laut.
  • Batu tunggul terbentuk selepas gerbang laut runtuh akibat hakisan yang berterusan.
  • Lama-kelamaan batu tunggul akan terhakis dan membentuk batu sisa.

Tebing Tinggi

  • Merupakan daratan mengadap laut yang bercerun curam.
  • Terbentuk apabila terdapat tebing batu-batan yang curam di pinggir laut.
  • Terdiri daripada batuan keras yang tahan hakisan.
  • Menjadi tapak rumah api dan kawasan rekreasi.
  • Contohnya Tebing Tinggi Kudat (Sabah) dan Tebing Tinggi Tanjung Bungah (Pulau Pinang).

Teluk & Tanjung

Ciri-ciri:

  • Terbentuk di kawasan pinggir laut yang mempunyai susunan batuan keras dan batuan lembut yang berselang-seli.
  • Lapisan batuan lembut yang dihakis ombak akan menjadi teluk. Contoh: Teluk Ramunia (Johor) serta Teluk Darvel dan Teluk Kimanis (Sabah).
  • Lapisan batuan keras yang tahan hakisan menjadi tanjung. Contoh: Tanjung Tuan (Negeri Sembilan), Tanjung Piai (Johor) dan Tanjung Bungah (Pulau Pinang).
  • Penting sebagai pusat pelancongan dan rekreasi (kawasan tanjung).
  • Kawasan teluk sesuai didirikan perkampungan nelayan dan pelabuhan perikanan.

Pengenalan: Kawasan Pinggir Laut

Bentuk Muka Bumi: Kawasan Pinggir Laut

  1. Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4800 km.
  1. Pantai barat Semenanjung Malaysia, menghadap ke Selat Melaka. Pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai Sarawak dan pantai barat Sabah menghadap ke Laut China Selatan. Manakala pantai timur Sabah menghadap ke Laut Sulu.
  1. Malaysia dikelilingi laut yang cetek kerana terletak di atas pentas benua yang dikenali sebagai Pentas Sunda.
  1. Ciri-ciri Pentas Sunda ialah:

a)     Kawasan yang cetek.

b)    Terbentuk kira-kira 550juta tahun dahulu.

c)     Kedalaman antara 70 meter hingga 180 meter.

d)    Penting untuk pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pelancongan, perikanan dan perlombongan.

  1. Bentuk-bentuk pinggir laut yang lazim adalah: tebing tinggi, teluk, tanjung, gua, gerbang laut, batu tunggul, batu sisa, pantai, beting pasir, anak tanjung (tetanjung), tombolo, lagun.